Selasa, 6 Julai 2010

SELAMAT DATANG

SEJARAH KAMPUNG TELUK EMPANG

Kampung Teluk Empang, terletak di tengah-tengah kawasan Pengerang dan mengandungai tiga kampung iaitu Teluk Empang, Sri Dalam dan Teluk Ujung. Teluk Hujung terhujung di Kampung ini bersempadan dengan Kampung Sungai Kapal.

Orang dari daik yang membuka perkampungan ini. Iaitu orang yang bekerja dengan Sultan Johor. Semasa Sultan Aabu Bakar di Pasir Pelaangi. Sultan mengarahkan mereka membuka tempat dijadikan perkampungan untuk anak-anak cucu mereka akan datang. Mereka ke kawasan itu dihantar dengan kapal. Mereka membuka perkampungan itu dikawasan ditepi pantai,

Kampung ini terletak di Teluk-teluk dan penduduknya bekerja sebagai nelayan dan membuat empang-empang untuk menangkap ikan. Empang yang diperbuat dari jaring itulah wujud nama KAMPUNG TELUK EMPANG seperti pantun yang dinyanyikan oleh penduduk kampung.

Tekuk Empang Menuluk
Teluk Empang Teluk Menuluk
Kayu Kemuning Dimakan Api
Teluk Empang Sangat eluk
Tempat Kami Mengibur Hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan